Selamat Datang Ke Blog Pusat Sumber SJKC Kg. Baru Gedok

MATLAMAT, OBJEKTIF, MISI DAN VISI PSS

Visi Pusat Sumber Sekolah
Pusat Sumber Sekolah ini adalah satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan semua pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum sekolah.

Misi Pusat Sumber Sekolah
Penggunaan pelbagai media pendidikan di Pusat Sumber Sekolah membolehkan para guru dan pelajar memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah, menarik dan berkesan.

Matlamat Pusat Sumber Sekolah
1. Mempertingkatakan mutu pendidikan di sekolah-sekolah secara menyeluruh.
2. Membentuk profesion guru yang berilmu, dinamis, kreatif dan berpendidikan untuk membantu membangunkan sahsia guru dan pembangunan nusa, bangsa dan agama.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk pembangunan nusa, bangsa dan
agama.
4. Merapatkan jurang perbezaan kemudahan dan pendidikan antara sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-
sekolah bandar.

Objektif Pusat Sumber Sekolah
1. Meningkatkan taraf pengajaran-pembelajaran dan prestasi pencapaian akademik.
2. Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran
supaya mereka tidak bergantung semata-semata pada buku teksdan kaedah 'chalk and talk' sahaja.
3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat 'ingin tahu' atau 'menanya' di kalangan murid-murid
melalui penggunaan bahan di Pusat Sumber Sekolah.
4. Membantu guru-guru dan murid-murid dalam usaha menghasil dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran-
pembelajaran.
5. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-
murid yang berbeza antara satu dengan lain.
6. Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja rujukan serta menggunakan
alat-alat perkakasan.

No comments:

Post a Comment