Selamat Datang Ke Blog Pusat Sumber SJKC Kg. Baru Gedok

SEJARAH PSS

Sejarah Pusat Sumber Sekolah
Pada tahun 1940, beberapa pemimpin masyarakat tempatan telah berunding untuk menubuhkan sekolah dan dengan itu lahirlah Sekolah Cina Hua Min yang terletak di kawasan perumahan ladang getah. Bangunan sekolah diubahsuai daripada pentas tokong oleh Encik Lee Sah, salah seorang tokoh penubuhan sekolah ini. Encik Lee Sin Yi dilantik sebagai guru besar yang pertama.

Namun, Sekolah Cina Hua Min ditutup pada tahun 1942 kerana Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Pada tahun 1952, penduduk-penduduk Kampung Baru sekali lagi berusaha untuk menubuhkan sekolah. Sekolah yang ditubuhkan itu dinamakan Sekolah Rendah Cina Kampung Baru Gedok.

Encik Ho bersara pada tahun 1955 dan digantikan oleh Encik Sin Geok Pheng. Oleh sebab sekolah ini tiada bangunan Pusat Sumber, maka pada tahun 1996 PIBG telah berusaha untuk mengubahsuai Balai Raya yang terletak di sebelah kawasan sekolah untuk dijadikan Perpustakaan dan Bilik Sumber. Satu tahun kemudian, bilik computer telah diadakan dengan kelengkapan 9 buah computer yang diperoleh melalui kempen kutipan derma.

No comments:

Post a Comment